Jumaat, 16 Mei 2014

Jalan-jalan ke Cameron Highlands



Tidak lengkap rasanya kalau berada di Semenanjung tetapi tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.  Bagi yang sudah biasa dan otai, tidak perlu diperkenalkan lagi tentang Cameron Highland. Walau bagaimanapun, terdapat banyak blog yang menceritakan secara terperinci tentang Cameron Highland dan tips-tips di sana seperti di sini. Saya turut menulis pengalaman saya sendiri sebagai tambahan untuk para pencari maklumat.

Di kesempatan semasa cuti sekolah, keluarga isteri telah mempelawa untuk bersama-sama bercuti di Cameron Highlands. Saya tanpa sebarang alasan terus bersetuju ... maklum la dah lama berada Kuala Lumpur tetapi tak pernah jejak kaki ke CH ini.

Kami pergi menaiki kereta Proton Saga BLM. Sebelum memulakan perjalanan saya hanya mengisi minyak sekali sahaja iaitu sebanyak RM 40.00 sahaja.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9 pagi kemudian terus masuk ke Highway Utara Selatan. Terdapat tiga cara untuk naik ke Cameron dari Kuala Lumpur, samada melalui Jalan Tapah, melalui Simpang Pulai atau melalui Karak Manakala jika dari Pantai timur pula boleh mengikuti jalan dari Sungai Koyan, Daerah Raub (laluan ini seperti saya katakan tadi boleh juga untuk perjalanan dari Kuala Lumpur) atau jalan Gua Musang-Cameron Highland.. Saya memilih laluan Tapah kerana mengikut maklumat, jalan itu lebih dekat berbanding jalan Simpang Pulai (maklum la First Time).

Walau pun saya tahu Jalan Tapah akan melalui selekoh-selekoh tajam dalam masa yang agak panjang dan Jalannya sepeti ular kena palu, tetapi masa yang diambil tidaklah selama jalan melalui  Simpang Pulai. Yang kasihannya anak kedua saya mabuk jalan.
Sepanjang perjalan mendaki melalui perkampungan orang asli, laluan agak curam, sempit dan selekoh seperti ular meliuk
Sekiranya anda datang dari utara, saya mencadangkan anda melalui jalan Simpang Pulai jika anda tidak mahu melalui pengalaman yang mengerikan melalui selekoh-selekoh tajam dalam jangkamasa yang panjang, berselisih dengan lori-lori besar/bas-bas perlancongan/lori tangki selain menghadapi masalah mabuk kenderaan. 

Minyak kenderaan disyorkan diisi siap-siap sebelum mula mendaki gunung Cameron kerana sepanjang  pendakian, saya tidak nampak stesen minyak. Pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan baik kerana ada beberapa kenderaan menghadapi masalah sepandang berada di atas gunung ini, termasuk kenderaan yang berasap-asap.

Sepanjang pendakian dikiri dan kanan terdapat gerai-gerai orang asli yang menjual hasilan-hasilan hutan, antaranya rebung, petai, madu dan kraf-kraftangan. Anda boleh membeli produk-produk ini semasa turun nanti. Terdapat juga kawasan air terjun yang boleh disinggahi untuk mandi-manda. Ia terletak betul-betul ditepi jalan menuju ke Cameron highland. Airnya sangat sejuk dan dingin.

Air terjun

Selepas melalui banyak selekoh, kamipun berhenti untuk minum di Cameron Valley Bharat Group. Teh yang dihaidangkan amat segar dan sedap, Ia terletak betul-betul di tepi ladang teh. Pemandangan agak cantik juga. 




Teh Masalla yang berasa rempah


Kawasan ladang tea. Jauh di dasar sana terdapat pondok untuk berehat jika penat menapak selepas mengambil gambar. Pondok ni agak jauh juga dari tempat gerai minum. Nak turun senang tapi nak mendaki semula tu ..... ermmm penat juga.

Gerai-gerai di Ringlet




Pemandangan awal pagi
Semasa berada di Cameron Highlands kami memilih untuk menginap di Apartment kawasan Tanah Rata. Memandang masa kami datang adalah cuti sekolah tetapi apatment ini milik kenalan maka harganya
RM 340.00 semalam. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur beserta 2 bilik air yang kedua-duanya mempunyai pemanas. Kelengkapan dalam rumah juga lengkap, jika memilih memasak sendiri pun boleh. Tetapi anda tidak perlu risau tentang penginapan. Berderet hotel menunggu di kawasan Brincang. Brincang ini juga terletaknya pasar malam.


Strawberi bersalut aiskrim

Tidak lengkap sekiranya ke Cameron Highland tetapi tidak menjamah strawberi segar dan mengambil peluang mengutip sendiri buah pilihan.


Anak saudara tengah mengutip buah strawberi


 Makanan berasakan sayur-sayuran.

  Tempat ni berada di Tanah Rata.


 Sempat juga melawat Taman Rama-rama. Di dalam taman ini juga ada zoo mini untuk binatang-binatang kecil jenis merayap.






Penat berjalan, penat makan ... ambil kesempatan merasa kerusi urut yang disediakan di tepi gerai makanan.

Jarak Perjalanan
Kuala lumpur - Tapah = +-150km 
Putrajaya - Tapah = +-190km
Tapah - Cameron Highland  = +- 50km

Tol 
Jalan Duta - Tapah = RM19.40

Hotel dan penginapan di Cameron Highland
1. Mungkin maklumat saya tidak begitu sempurna. Terdapat banyak hotel di Cameron Highland. Ada yang Mahal dan ada yang murah. Rumah tumpangan dan Home Stay juga ada banyak. Ada beberapa blog yang menyediakan maklumat penginapan seperti di sini, di sini dan di sini. Pada musim cuti sekolah harga hotel akan meningkat beberapa peratus.

2. Ada beberapa hotel yang sangat strategik di Brinchang, seperti hotel Rosa Passadena dan Hotel Star Regency. Hotel-hotel ini terletak benar-benar berhampiran Pasar Malam. Harus diingat, Pasar Malam di Brinchang sangat sesak dan jam. Kalau anda menginap di Tanah Rata atau sebelah bawah Brinchang (bukan di pusat bandar) anda akan mengalami masalah lalulintas dan parking yang teruk walaupun kawasan itu mempunyai kawasan parking berbayar. Terdapat dua hari Pasar malam di Brinchang, iaitu hari Jumaat dan hari Sabtu. Selain itu, hotel-hotel ini juga akan memudahkan destinasi anda kerana ia terletak di tengah-tengah Cameron highland dan dekat dengan banyak kawasan perlancongan.

Pemandangan pekan Brinchang
Perjalanan balik
  
Perjalanan balik kami melalui Sungai Koyan, Daerah Raub sebab kami terus menuju ke Terengganu. Jauh juga kalau ke Terengganu melalui jalan ini. 

Sekian. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan