Sabtu, 17 Mei 2014

Hilangkan Rasa Bosan



Kadangkala kamu mengalami rasa bosan kerana beberapa perkara. Pertama, mungkin rakan atau keluarga kamu pulang ke kampung halaman. Kedua, kamu seorang yang tidak suka bergaul dan lakukan aktiviti bersama orang lain. Hilangkan rasa bosan kerana sifat ini boleh menyebabkan kamu rasa murung dan tidak gembira. Gen Y ingin kamu jadi lebih aktif dan pasif.




Tambah Kenalan

          Jangan hanya berkawan dengan sahabat yang sudah lama kamu kenal. Misalnya, kamu hanya bersahabat dengan kawan dari sekolah atau institut pengajian.  Cuba luaskan pergaulan kamu dengan berkenalan  sesama rakan sekerja bukan di cawangan yang sama tapi di jabatan yang sama atau diperluaskan lagi jabatan yang lain. Kawan juga boleh ditambah dengan mengikuti kelas seminar ataupun menghubungi rakan lama yag kamu sudah lama tidak berhubung. Ramai kawan tentu seronok. Lakukan aktiviti bersama dan tidak memencilkan diri.  Tentu seronok kan.







Lakukan Aktiviti Menarik

      Jika sebelum ini kamu asyik tinggal di rumah dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video atau membaca buku, apa kata kali ini kamu ubah perspektif dan hubungi rakan kamu untuk pergi bersuka ria. Menonton wayang, bersukan dan membeli belah adalah aktiviti menarik yang boleh hilangkan rasa bosan. Tapi bagi yang dah berkeluarga tu lebih baik anda melakukan aktiviti-aktiviti ini bersama keluarga. Jika bersama keluarga mungkin anda boleh tambah aktiviti bercuti, panggang memanggang atau sesekali apa salahnya makan bersama di luar rumah.





Jadi Positif

        Kadangkala sikap yang terlalu memikirkan perkara negatif boleh membawa kepada rasa bosan. kali ini cuba berfikir positif walaupun kamu mempunyai banyak masalah. Percaya bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan disebabkan masalah itu, kamu bosan dan tidak ingin melakukan aktiviti menarik.




Buang Sikap Malas

Sikap malas menyekat diri kamu dari melakukan aktiviti menarik yang boleh hilangkan rasa bosan. Selepas ini, cuba buang sikap itu dan latih diri untuk lebih menyukai sukan. Hakikatnya, jika kamu bersukan hidup kamu akan lebih ceria berbanding sebelum ini. Lakukan aktiviti sukan yang sesuai dengan kemampuan diri kamu.

Banyak cara lagi sebenarnya untuk menghilangkan rasa bosan tetapi anda kena ingat jangan pula hilangkan rasa bosan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Walau bagaimanapun bagi yang berkeluarga, aktiviti bersama keluarga adalah perkara yang paling indah. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan