Teknik Popular Meragut |
Dimanakah peragut dan penyeluk saku bertindak?
- Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap dan sunyi.
- Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Punca kejadian?
- Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
- Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
- Meletakkan beg tangan di tempat penumpang atau tempat yang senang dilihat peragut semasa memandu.
Langkah-langkah keselamatan dari diragut!
- Sentiasa membawa wang secara minima dan bawa dompet yang boleh disimpan di dalam kocek.
- Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
- Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
- Elakkan dari berjalan seorang diri ditempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
- Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
- Ketika berjalan di atas jalan raya, sentiasa berjalan bertentangan dengan arus lalu lintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan.
- Elakkan memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah,
- Elakkan meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
- Memasang alat pengera pencegahan ragut pada beg tangan.
- Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
- Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
- Gunakan laluan pejalan kaki yang disediakan dan tidak sesuka hati melintas jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan