Khamis, 15 Mei 2014

9 Makanan Elak Sembelit


Pernahkah anda mengalami masalah sembelit?
Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar. 
Sembelit yang serius dipercayai menjadi punca masalah yang lebih serius iaitu buasir. 
Sembelit melibatkan pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. 
Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar.

MASALAH ini 
berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurang minum air. Sekirayan masalah ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan, kesan lebih buruk yang mungkin dihadapi ialah masalah buasir. Sembelit boleh 
diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah tersebut 
kerap berlaku sehingga mencetuskan buasir.

                Info
* Biasanya apabila sembelit, pesakit perlu meneran setiap kali
 membuang air besar dan ini menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.
 Salur darah akan tersumbat dan bengkak menyebabkan 
tisu elastik darah longgar, nipis atau hilang 
hingga menyebabkan buasir yang parah.

9 JENIS MAKANAN ELAK SEMBELIT

PISANG


Seperti yang kita ketahui pisang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan memakan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Amalkan makan pisang sebiji atau 2 biji sehari bagi memudahkan proses penghadaman.

LOBAK MERAH



Lobak merah selain sedap dibuat masakan tumis, enak juga dijadikan jus minuman. Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus Carota L bukan sahaja boleh membantu menyembuhkan sembelit bahkan membantu mengubati sakit ketika  membuang air kecil, melancarkan aliran haid dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. cara terbaik menikmati lobak merah ialah dengan memakannya secara mentah.

STRAWBERRI


Warnanya yang merah pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa geram untuk menikmatinya. Strawberi bukan sahaja sedap dimakan tetapi berkesan mengatasi masalah sembelit.

TIMUN


Selain dibuat ulam, timun juga enak dijadikan jus. Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C. Amalan memakan timun setiap hari tidak kiralah sebagai ulam mahupun jus dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

DAUN KUCAI


Kandung vitamin B dan C yang terkandung di dalam daun kucai serta karotin dan kompenen belerang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus. Ia juga merangsang proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah.

TEMULAWAK


Temulawak mungkin kurang digunakan oleh masyarakat kita namun pengambilan temulawak secara rutin dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza amat bermanfaat untuk mengatasi masalah sembelit. Caranya mudah sahaja, ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temulawak, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan ke dalam gelas. Boleh diminum ketika panas atau ketika suam dan amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari. Jadikan amalan setiap hari walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

BETIK

 

Selalunya jika sukar membuang air besar, buah betik mempunyai kandungan serat yang tinggi selain kaya dengan vitamin C. Betik sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.

CINCAU


Selain enak dinikmati, cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori. Ia dipercayai mampu mengatasi masalah sembelit, meredakan kembung perut dan cirit-birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

CIKU


Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh mengamalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Buah ciku yang dihancurkan bersama sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.


INFO
*Biasanya tanda awal sembelit berlaku sewaktu meneran terutama
ketika membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak
melapisi saluran dubur. Sembelit boleh berlaku akibat jangkitan
kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami
gastrik semenjak kecil, diet kurang serat, kanser usus dan 
penyakit luar biasa usus besar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan