Sabtu, 17 Mei 2014

Panduan Mengelak Menjadi Mangsa Ragut


Teknik Popular Meragut 

Dimanakah peragut dan penyeluk saku bertindak?
  • Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap dan sunyi.
  • Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Punca kejadian?

  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat penumpang atau tempat yang senang dilihat peragut semasa memandu.
Langkah-langkah keselamatan dari diragut!

  • Sentiasa membawa wang secara minima dan bawa dompet yang boleh disimpan di dalam kocek.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri ditempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
  • Ketika berjalan di atas jalan raya, sentiasa berjalan bertentangan dengan arus lalu lintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan.
  • Elakkan memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah,
  • Elakkan meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat pengera pencegahan ragut pada beg tangan.
  • Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
  • Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
  • Gunakan laluan pejalan kaki yang disediakan dan tidak sesuka hati melintas jalan.

BAHANA Makanan Ringan


 GAMBAR menunjukkan Lizzie Velasquez duduk di atas meja dipenuhi dengan makanan ringan. Seorang pelajar universiti yang menjadikan makanan ringan sebagai hidangan sepanjang masa.
















Tidak dinafikan, golongan remaja terutamanya sangat gemarkan makanan ringan atau lebih popular dengan gelaran 'junk food'. Pernahkah anda terfikir mengapa ia dinamakan sedemikian? Istilah 'junk' itu sendiri sebenarnya membawa maksud 'lebihan' dan 'tidak berguna'.
       Hakikatnya, makanan ringan seperti kerepek, cip kentang, gula-gula dan lain-lain makanan ringan yang dibungkus dalam plastik tidak bagus untuk kesihatan lebih-lebih di usia anda yang masih muda.
       Memang benar, makanan ringan ini sebenarnya memberikan ketagihan pada remaja kerana rasanya yang enak, mudah didapati dan murah. Tapi realitinya, kebanyakan produk ini tidak memberikan apa-apa manfaat dan juga khasiat penting untuk badan.
       Pengambilan makanan ini secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga menghalang anda untuk mencapai matlamat dalam diet harian. Ketagihan produk ini sukar dihentikan tapi jika anda perhatikan kesannya pada kesihatan, fikir sekali lagi.




Antara kesannya:

1.     Punca badan letih - Walaupun makanan ringan dan makanan segera boleh mengenyangkan perut, tapi produk ini kekurangan nutrien yang diperlukan seperti protein dan karbohidrat yang berfungsi menjadikan tubuh anda bertenaga dan sihat. Jika anda mengambil produk ini setiap kali kelaparan, anda boleh menjadi letih. Makanan ini mengurangkan tenaga dalam badan dan pada sampai satu tahap menghalang anda melakukan tugas harian dengan berkesan.

2.     Kemurungan - Fasa tumbesaran remaja menyebabkan badan mereka mengalami banyak perubahan hormon. Contohnya, mereka mudah terdedah kepada perubahan mood dan tingkah laku. Diet seimbang memainkan peranan penting untuk menstabilkan perubahan hormon itu. Kerana kekurangan nutrein dalam makanan ringan, kemungkinan remaja mengalami kemurungan akan meningkat 58 peratus.

3.     Gangguan penghadaman - Remaja yang ketagihan makanan ringan berlemak akan hadapi masalah penghadaman seperti penyakit sindrom usus. Ini kerana makanan ringan kebanyakannya dogoreng dan minyak yang terdapat dalam produk itu berkumpul dalam perut menyebabkan 'keasidan'. Hal ini menyebabkan hakisan pada lapisan perut kerana kandungannya yang terlalu pedas dan kekurangan serat penting untuk pencernaan yang betul.

4.     Ketidakstabilan tahap gula dalam darah - Makanan ringan sebenarnya tinggi kandungan gula yang menyebabkan metabolisme anda di tahap bahaya. Gula menyebabkan pankreas merembeskan lebih jumlah insulin untuk mengelakkan kenaikan drastik tahap gula dalam darah. Oleh kerana makanan ringan tidak mempunyai nutrien menncukupi, paras gula dalam darah akan menurun secara tiba-tiba selepas makan. Ini menyebabkan anda cepat marah dan meningkatkan ketagihan anda pada makanan ringan.

5.     Membahayakan Jantung - Produk gula ini meningkatkan tahap kolesterol iaitu faktor utama yang menyumbang pada penyakit jantung. Selain itu, lemak yang terkumpul dalam badan menyebabkan anda menjadi lebih gemuk. Lebih banyak berat badan bertambah, lebih tinggi risiko penyakit jantung.

6.     Risiko penyakit buah pinggang - Percaya atau tidak, kentang goreng dan kerepek yang biasa didapati restoran francais mengandungi jumlah garam yang tinggi berfungsi meningkatkan air liur dan rembesan enzim yang tidak baik dan natrium dari garam meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.

7.     Menghalang diet seimbang - Ketagihan pada makanan ringan boleh menghalang anda melakukan diet seimbang. Diet yang berkesan memerlukan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohdrat, tapi ketagihan pada produk tinggi gula itu boleh mengganggu proses diet anda. 

KHASIAT COKLAT


 

Coklat dengan kandungan koko yang lebih dari 70 peratus memiliki kebaikan untuk kesihatan disebabkan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Ia mampu membunuh radikal bebas dalam tubuh.

Selain itu, coklat juga mengandungi beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan juga vitamin E. Coklat juga mempunyai zat besi dan kalsium.

Dengan memakan coklat, ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrein harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Proses ini mengurangkan kesan negatif PMS.




Hilangkan Rasa Bosan



Kadangkala kamu mengalami rasa bosan kerana beberapa perkara. Pertama, mungkin rakan atau keluarga kamu pulang ke kampung halaman. Kedua, kamu seorang yang tidak suka bergaul dan lakukan aktiviti bersama orang lain. Hilangkan rasa bosan kerana sifat ini boleh menyebabkan kamu rasa murung dan tidak gembira. Gen Y ingin kamu jadi lebih aktif dan pasif.




Tambah Kenalan

          Jangan hanya berkawan dengan sahabat yang sudah lama kamu kenal. Misalnya, kamu hanya bersahabat dengan kawan dari sekolah atau institut pengajian.  Cuba luaskan pergaulan kamu dengan berkenalan  sesama rakan sekerja bukan di cawangan yang sama tapi di jabatan yang sama atau diperluaskan lagi jabatan yang lain. Kawan juga boleh ditambah dengan mengikuti kelas seminar ataupun menghubungi rakan lama yag kamu sudah lama tidak berhubung. Ramai kawan tentu seronok. Lakukan aktiviti bersama dan tidak memencilkan diri.  Tentu seronok kan.







Lakukan Aktiviti Menarik

      Jika sebelum ini kamu asyik tinggal di rumah dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video atau membaca buku, apa kata kali ini kamu ubah perspektif dan hubungi rakan kamu untuk pergi bersuka ria. Menonton wayang, bersukan dan membeli belah adalah aktiviti menarik yang boleh hilangkan rasa bosan. Tapi bagi yang dah berkeluarga tu lebih baik anda melakukan aktiviti-aktiviti ini bersama keluarga. Jika bersama keluarga mungkin anda boleh tambah aktiviti bercuti, panggang memanggang atau sesekali apa salahnya makan bersama di luar rumah.





Jadi Positif

        Kadangkala sikap yang terlalu memikirkan perkara negatif boleh membawa kepada rasa bosan. kali ini cuba berfikir positif walaupun kamu mempunyai banyak masalah. Percaya bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan disebabkan masalah itu, kamu bosan dan tidak ingin melakukan aktiviti menarik.




Buang Sikap Malas

Sikap malas menyekat diri kamu dari melakukan aktiviti menarik yang boleh hilangkan rasa bosan. Selepas ini, cuba buang sikap itu dan latih diri untuk lebih menyukai sukan. Hakikatnya, jika kamu bersukan hidup kamu akan lebih ceria berbanding sebelum ini. Lakukan aktiviti sukan yang sesuai dengan kemampuan diri kamu.

Banyak cara lagi sebenarnya untuk menghilangkan rasa bosan tetapi anda kena ingat jangan pula hilangkan rasa bosan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Walau bagaimanapun bagi yang berkeluarga, aktiviti bersama keluarga adalah perkara yang paling indah. 






Jumaat, 16 Mei 2014

Jalan-jalan ke Cameron Highlands



Tidak lengkap rasanya kalau berada di Semenanjung tetapi tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.  Bagi yang sudah biasa dan otai, tidak perlu diperkenalkan lagi tentang Cameron Highland. Walau bagaimanapun, terdapat banyak blog yang menceritakan secara terperinci tentang Cameron Highland dan tips-tips di sana seperti di sini. Saya turut menulis pengalaman saya sendiri sebagai tambahan untuk para pencari maklumat.

Di kesempatan semasa cuti sekolah, keluarga isteri telah mempelawa untuk bersama-sama bercuti di Cameron Highlands. Saya tanpa sebarang alasan terus bersetuju ... maklum la dah lama berada Kuala Lumpur tetapi tak pernah jejak kaki ke CH ini.

Kami pergi menaiki kereta Proton Saga BLM. Sebelum memulakan perjalanan saya hanya mengisi minyak sekali sahaja iaitu sebanyak RM 40.00 sahaja.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9 pagi kemudian terus masuk ke Highway Utara Selatan. Terdapat tiga cara untuk naik ke Cameron dari Kuala Lumpur, samada melalui Jalan Tapah, melalui Simpang Pulai atau melalui Karak Manakala jika dari Pantai timur pula boleh mengikuti jalan dari Sungai Koyan, Daerah Raub (laluan ini seperti saya katakan tadi boleh juga untuk perjalanan dari Kuala Lumpur) atau jalan Gua Musang-Cameron Highland.. Saya memilih laluan Tapah kerana mengikut maklumat, jalan itu lebih dekat berbanding jalan Simpang Pulai (maklum la First Time).

Walau pun saya tahu Jalan Tapah akan melalui selekoh-selekoh tajam dalam masa yang agak panjang dan Jalannya sepeti ular kena palu, tetapi masa yang diambil tidaklah selama jalan melalui  Simpang Pulai. Yang kasihannya anak kedua saya mabuk jalan.
Sepanjang perjalan mendaki melalui perkampungan orang asli, laluan agak curam, sempit dan selekoh seperti ular meliuk
Sekiranya anda datang dari utara, saya mencadangkan anda melalui jalan Simpang Pulai jika anda tidak mahu melalui pengalaman yang mengerikan melalui selekoh-selekoh tajam dalam jangkamasa yang panjang, berselisih dengan lori-lori besar/bas-bas perlancongan/lori tangki selain menghadapi masalah mabuk kenderaan. 

Minyak kenderaan disyorkan diisi siap-siap sebelum mula mendaki gunung Cameron kerana sepanjang  pendakian, saya tidak nampak stesen minyak. Pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan baik kerana ada beberapa kenderaan menghadapi masalah sepandang berada di atas gunung ini, termasuk kenderaan yang berasap-asap.

Sepanjang pendakian dikiri dan kanan terdapat gerai-gerai orang asli yang menjual hasilan-hasilan hutan, antaranya rebung, petai, madu dan kraf-kraftangan. Anda boleh membeli produk-produk ini semasa turun nanti. Terdapat juga kawasan air terjun yang boleh disinggahi untuk mandi-manda. Ia terletak betul-betul ditepi jalan menuju ke Cameron highland. Airnya sangat sejuk dan dingin.

Air terjun

Selepas melalui banyak selekoh, kamipun berhenti untuk minum di Cameron Valley Bharat Group. Teh yang dihaidangkan amat segar dan sedap, Ia terletak betul-betul di tepi ladang teh. Pemandangan agak cantik juga. 




Teh Masalla yang berasa rempah


Kawasan ladang tea. Jauh di dasar sana terdapat pondok untuk berehat jika penat menapak selepas mengambil gambar. Pondok ni agak jauh juga dari tempat gerai minum. Nak turun senang tapi nak mendaki semula tu ..... ermmm penat juga.

Gerai-gerai di Ringlet




Pemandangan awal pagi
Semasa berada di Cameron Highlands kami memilih untuk menginap di Apartment kawasan Tanah Rata. Memandang masa kami datang adalah cuti sekolah tetapi apatment ini milik kenalan maka harganya
RM 340.00 semalam. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur beserta 2 bilik air yang kedua-duanya mempunyai pemanas. Kelengkapan dalam rumah juga lengkap, jika memilih memasak sendiri pun boleh. Tetapi anda tidak perlu risau tentang penginapan. Berderet hotel menunggu di kawasan Brincang. Brincang ini juga terletaknya pasar malam.


Strawberi bersalut aiskrim

Tidak lengkap sekiranya ke Cameron Highland tetapi tidak menjamah strawberi segar dan mengambil peluang mengutip sendiri buah pilihan.


Anak saudara tengah mengutip buah strawberi


 Makanan berasakan sayur-sayuran.

  Tempat ni berada di Tanah Rata.


 Sempat juga melawat Taman Rama-rama. Di dalam taman ini juga ada zoo mini untuk binatang-binatang kecil jenis merayap.






Penat berjalan, penat makan ... ambil kesempatan merasa kerusi urut yang disediakan di tepi gerai makanan.

Jarak Perjalanan
Kuala lumpur - Tapah = +-150km 
Putrajaya - Tapah = +-190km
Tapah - Cameron Highland  = +- 50km

Tol 
Jalan Duta - Tapah = RM19.40

Hotel dan penginapan di Cameron Highland
1. Mungkin maklumat saya tidak begitu sempurna. Terdapat banyak hotel di Cameron Highland. Ada yang Mahal dan ada yang murah. Rumah tumpangan dan Home Stay juga ada banyak. Ada beberapa blog yang menyediakan maklumat penginapan seperti di sini, di sini dan di sini. Pada musim cuti sekolah harga hotel akan meningkat beberapa peratus.

2. Ada beberapa hotel yang sangat strategik di Brinchang, seperti hotel Rosa Passadena dan Hotel Star Regency. Hotel-hotel ini terletak benar-benar berhampiran Pasar Malam. Harus diingat, Pasar Malam di Brinchang sangat sesak dan jam. Kalau anda menginap di Tanah Rata atau sebelah bawah Brinchang (bukan di pusat bandar) anda akan mengalami masalah lalulintas dan parking yang teruk walaupun kawasan itu mempunyai kawasan parking berbayar. Terdapat dua hari Pasar malam di Brinchang, iaitu hari Jumaat dan hari Sabtu. Selain itu, hotel-hotel ini juga akan memudahkan destinasi anda kerana ia terletak di tengah-tengah Cameron highland dan dekat dengan banyak kawasan perlancongan.

Pemandangan pekan Brinchang
Perjalanan balik
  
Perjalanan balik kami melalui Sungai Koyan, Daerah Raub sebab kami terus menuju ke Terengganu. Jauh juga kalau ke Terengganu melalui jalan ini. 

Sekian. 


Khamis, 15 Mei 2014

9 Makanan Elak Sembelit


Pernahkah anda mengalami masalah sembelit?
Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar. 
Sembelit yang serius dipercayai menjadi punca masalah yang lebih serius iaitu buasir. 
Sembelit melibatkan pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. 
Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar.

MASALAH ini 
berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurang minum air. Sekirayan masalah ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan, kesan lebih buruk yang mungkin dihadapi ialah masalah buasir. Sembelit boleh 
diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah tersebut 
kerap berlaku sehingga mencetuskan buasir.

                Info
* Biasanya apabila sembelit, pesakit perlu meneran setiap kali
 membuang air besar dan ini menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.
 Salur darah akan tersumbat dan bengkak menyebabkan 
tisu elastik darah longgar, nipis atau hilang 
hingga menyebabkan buasir yang parah.

9 JENIS MAKANAN ELAK SEMBELIT

PISANG


Seperti yang kita ketahui pisang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan memakan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Amalkan makan pisang sebiji atau 2 biji sehari bagi memudahkan proses penghadaman.

LOBAK MERAH



Lobak merah selain sedap dibuat masakan tumis, enak juga dijadikan jus minuman. Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus Carota L bukan sahaja boleh membantu menyembuhkan sembelit bahkan membantu mengubati sakit ketika  membuang air kecil, melancarkan aliran haid dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. cara terbaik menikmati lobak merah ialah dengan memakannya secara mentah.

STRAWBERRI


Warnanya yang merah pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa geram untuk menikmatinya. Strawberi bukan sahaja sedap dimakan tetapi berkesan mengatasi masalah sembelit.

TIMUN


Selain dibuat ulam, timun juga enak dijadikan jus. Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C. Amalan memakan timun setiap hari tidak kiralah sebagai ulam mahupun jus dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

DAUN KUCAI


Kandung vitamin B dan C yang terkandung di dalam daun kucai serta karotin dan kompenen belerang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus. Ia juga merangsang proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah.

TEMULAWAK


Temulawak mungkin kurang digunakan oleh masyarakat kita namun pengambilan temulawak secara rutin dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza amat bermanfaat untuk mengatasi masalah sembelit. Caranya mudah sahaja, ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temulawak, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan ke dalam gelas. Boleh diminum ketika panas atau ketika suam dan amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari. Jadikan amalan setiap hari walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

BETIK

 

Selalunya jika sukar membuang air besar, buah betik mempunyai kandungan serat yang tinggi selain kaya dengan vitamin C. Betik sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.

CINCAU


Selain enak dinikmati, cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori. Ia dipercayai mampu mengatasi masalah sembelit, meredakan kembung perut dan cirit-birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

CIKU


Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh mengamalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Buah ciku yang dihancurkan bersama sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.


INFO
*Biasanya tanda awal sembelit berlaku sewaktu meneran terutama
ketika membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak
melapisi saluran dubur. Sembelit boleh berlaku akibat jangkitan
kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami
gastrik semenjak kecil, diet kurang serat, kanser usus dan 
penyakit luar biasa usus besar.